Wednesday, April 21, 2010

100 hari.

mak aihh.

only 100 days to go?

OMG!OMG!
cam tak sabbaaa je la!auww.nak jd ummi soonn.
harap2 seme selamat.

hehe.semalam da pilih2 baju baby.
nak basuh2..wangi wangi wangi..
then nak lipat lipat,suson suson dlm bakul.
ehehee..
yelaa skrg ni da cepat letih kann..
kang lambat2 lg,mmg tak bebasuh gak baju tu kangg.
baru pilih2 da letihh smcm.ahaha
overr jee kan.
tp cam dlm hatii..'oh myy..im gonna be a mama..'
pastuu senyom2 simpull..
kekeke..

haritu da terrrbeli 2 pasang baju baby.
tah abi tibe2 ckp,amek jelaa.
hehe.excitedd laa tu.!
ummi pon camm'ei betol ke nak belii ni?'

last2 culikk 2 pasangg.tah nape mata bekenann ngan kaler
creamyy + pink.cam sweet gituuu.
ehehe.
abi pon asek nak amek kale pink gak.
haiih?pelikk2!sbb die kate baby ummi was a boy.
tp bile pilih kale2 pinky minky winky.
hehe.jeng jeng jeng!

tp tak amekla baju kale pink.sbb cam tak adil je kalau
yg kelua nati baby boy ke pulakk kan.
who knowss..
tibe die tengok,abi n ummi die sibuk prepare baju
gegirl.
kan?kan?
so nak adil,kite beli kale yg boy ke
girl buley pakaii.hehe
so putih n cream+orange jd pilihan.
2 pcs je dulu.

kang da deliver nati,baruu pulunn satu mall.
kan abi?
c;

ok baby ummi,see u.
ONLY 100 DAYS TO GO.
muahhh!syg same baby!

cramp ke simpul biawak..?

salam.woot woot all!

what have u guys been up to lately?ape cite..? c;
ohho im feel like..'its been a while since my last post..' huh?
hehe.
been super bz like 'superwomen' wif my work.ceceehh.
ya wif my upcomin baby stuff..and bla bla bla.
hehe.

sgt kuat bejalan lately..go here and there.
pantang abi ajak kelua,sepantas kilat i'll say 'YES.!' or.. 'NAK.!'
whoaa but jalan around 15minutes kott,and i'll sayy..'..uhh penatt..'
'..adoyy saket da betiss ni..'
huhu.
itula simptom2 terkini yea.sgt sakit kat betiss.huhuhu..
and lately gak,kerap cramp kat betis.
sgt sgt sgt sakit.dan yg paling sakit adelaa pagi td.
;I

try to kejot my abi,but hes keep tidoingg..
cubit2 die,then die hanye gerak jauh kan diri..
ohoo maybe die ingat ummi sempit ke ape.
sbb slalu tolak die soh jauh sikett.hehe.
rase cam tak muatt..hahaha.
die redha je.
skali ni kene cramp pon die ingat ummi sempit lg.
suara pulak tak tekelua menahankan sakitt.
poor ummi kan.

cane ea nak ilangkan cramp?
ke simpul biawak yg ummi kene ni..
ke same je cramp ngan simpul biawak tu..
sgt sakit..mama2 hot laen ade cadangan x?

Friday, April 16, 2010

ummi da mati.?

subhanallah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
inna lillahi wainna ilaihi rooji'un


astaghfirullahal 'azim.

ummi gatai dok google2 gamba mayatt.khas utk entry ni.
yg pastinye,ummi masih bernyawa yea.

alhamdulillah.Ya Allah,ampunkan segala dosa-Ya Maha Pengampun.

...............................................................................................................

ummi tengah makan td.makan lunch.hehe.sorg jee..abi cari nafkah kelua dari pagi. c;
then,mak ummi kelua dari bathroom,terus cerita ceriti.mak ummi ngan ummi same dgn je.suke nak update.
hehe

td pagi lapaa..mak bangun sarapan.dlm kol 10am baru tido balik.tibe2 kol 12 tghari ade org ketok pintu bilik kuat2.
Ya Allah..teperanjatnye mak! dala baru tido.
abah pon pastila tekejot same kan.da tentu2 laa sebilik ngan mak ummi.
oh nakal pulak. ^_^

then mak,abah tanye la..'sape tu..?'sambil cuak2.
tak bejawab.
die ketok2 pintu lg,n mak tanye lg sape,tak jawab gak.adoii la.

then mak denga pintu blkang tebukak.!
saspek ade org masok rumah.
lg la takot.abah nak bukak pintu tengok sape,mak tak kasi!
yelaa da tanye sape tak bejawab.nak pulak maen terjah je kan.?
mak masih mamai dan tekejot lg.

then ade org panggil..'..ibuk..ibuk..'

oh.tu cam suara maid kitorg.tp mak tanye gak,'sape tu..?'

'yati buk..'.'izan mati..'

hah!sudaa.izan mati??
mak da bepeloh2 cam nak pitamm.

....................................................................................................

alfatihah.semalam saudara abah ummi meninggal dunia.tp tak sempat mak abah nak g ziarah atas sbb2 tertentu.

..........................................................................................................

mak abah pon kelua.nampak selendang ummi atas meja pc.lg laa mak haruu biru.
tanye kak yati..'nape ti?'

'ikan mati buk..'

hah?ikan?abah pon terus g akuarium tengok ikan kesyangan nye.da tak begerak.abah cpt2 paip then isi air dlm akuarium tu.then letak klorin.da suku penuh,ikan tu begerak.hidup.
huhh.seb bek la kan.

terus call cine ikan tu,then die dtg check2 seme upenye tapak kat akuarium tu retak.!
tah bape lame daa air abes.huhu.
sian ikan.

seb bek umour panjangg g.

..............................................................................................

ok nampak tak ape yg ummi nak cite?
mmg sian kat ikan tu,tp sian lg ummi.

KENAPE PULAK?

izan tu = ummi.
tu name panggilan ummi kat umah.

daa maknenye mak ingat mule yg sampai nak pitam tu,

ummi la yg da  mati!
haha.
sadiss ok.
seb bek panjang umur lg ummi.
OMG..OMG.
dlm kitorg ketawa tebahak2 tu,
cuak gak ummi.dala amal tak seberape.

huhu.
tak pasal2 ummi yg mati.

korg,jgn suke kejot org tido ngan keadaan kelam kabut.
dan buat die tekejot.sgt bahaye ok.

doakan ummi panjang umur.jaga diri semua.

Wednesday, April 14, 2010

24weeks ++ yg berproblema.

ahhaa..OMG.!da sixth sense months laa!ehehe.td checkup kat k.k.haa my hb da down lg 10.2.mampuihh laa.
merah nyalaa.
wahh bayam2.!sbb tak suke kan kerang la.huhu.
nurse td baik dann lembutt nye makk aihh.besh!rase tanak balek je.lalala~
sbb lembut sgt.tak seteruk nurse2 yg kat laen2 tu.

berat pon naek mendadak.mak aihh lagik.hahah!makan tak byk pon even nak tambah nasi pon tak ley sbb nati
muntah.
cane lay naek mendadak dangdut tuu?
soo pelik.tp tibe2 kantoi da sbb aku gemarkan coklat
disaat perot lapaa.huhu.
malass nak mkn nasi.
guest what?ummi naik 3.5kgs this months.
hahaha.gilerr ummi.

kene kawal coklat tu.sebulan skali je kot kalo nak pon cik
sneakers ku.
then td g farmasi n beli obimin.ibu2 laen mkn jugak kan?
so tak perlukan lg vitamin seketul2 tu.just amik obimin
dan iron tablet.

then cari susu.nurse soh minom susu jugak
beli la susu HL td.tekulat2 minom. ;c

minggu lepass time g scan kann..
hehe.alaa..korg teke ummi dpt baby ape?

ummi pon tak tau.
sbb tak nampak tuutt.hehe.
tp tak kesah,scan sbb nak tegok baby ok tak.
takdela nak tengok gender sgt. c;

so soping aitu pon beli kale unuversal je.hihi
sibuk nak beli jugak.
tp baju lom beli laa.
just toilettries siket2.
tu pon da mcm nak beli satu bangunan.
ceitt!tipuu2.


ok la fingers off ya.. see you.

Monday, April 12, 2010

pengajaran dan pembelajaran.munngkin peringatan!-untuk kesedaran.

tidak layak utk 'say something' bout mariagge life.yes.im new 'here' dan mungkin,masih di alam 'honeymoon' bg pasangan2 veteran dari ummi. am i rite deary? c;

so tejumpe sebuah alkisah.and ummi copy paste here for u guys.credit to ash.

mungkin saja..ini sebuah cereka-cerita rekaan.mungkin juga hanyalah sebuah ceritera bg sudut lain yg membaca.

namun yg pasti,ada realitinya.apa2pun kita sama ambil pengajaran,buat meniti 'bahtera' hidup yg belum bernoktah ini.semoga masih ada kesempatan,dan ruangan utk di-baik-pulih.


Suami saya adalah seorang jurutera komputer, dan saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"
Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.
"Siti ada satu soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok."
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."
Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencari dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang- barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang roti kesukaan saya.Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Friday, April 9, 2010

our junior is..?

ini rezeki ALLAH.

wahh tibe2 lame je ummi tak update blog.
bz ke tak sehatt?
hm dua2 pon tak.
bz takla kot.bukan ahli keparat korporat pon.
tak sehatt?em selsema jela.
ni pon cam da ok sket.

ok skip2 menda tak pentingg.

ade 2 benda nak share ngan korg.
1st,aku dpt rezeki.uwaa..
ape ye?suami baru?
keh keh keh.
tidakk.suami tetap yg satu tu.
ni pon produk dlm proses..hehe.

ok.cube u guys see this

tadaa..!my newborn car.baru je berumur 9 hari.hehe.
kacak tak?

ok name si kacak ni PERSONA ELEGANGE. c; so far ummi ok je ngan kete ni.sbb mmg tak cerewet la kot pasal kete.
lg pon hubby yg beli kann.so im ok je. hehe. hari2 bawak jalan,senyumm simpull.ajak nek moto,hmm adalah tidak dilayan sama sekali.

ok.tu je kot.org len pon ade kete kan?lg mahall dari persona yg tak semengah ni.so ape kess aku nak gembar gembur.

ok next.td petang we'ol(stakat ni,ummi n abi jela ye..)g ape ea.?pusat serahan ke ape.ala kalau kite dpt surat pos laju,tp tome posmen anta takde org kat umah,kite dpt surat soh dtg amek sendiri kat tempat tu.hehe.paham kan?
ok.
then bangon kol 2++ pm.cam biase.then,kol3 teros kua umah pas siap2 seme.ekceli g amek mak punye surat.bkn suratt aku pon.aitu g da tutop.nak g smlm,abi kje.so aini laa g tolongg mak amekkan surat tu.surat cinta taw.dari poliss.hahaha.

then sampai je umah,aku terasala nak begamba.sohla abi snapkan.da tak beminat nak mek gamba gune tangan sendiri.tak puas tak nampak full bodyy konon. c;

ade la 2,3 kepingg abi snap.datu aku sengeh2 laa nak nengok gamba aku yg hot tu.
memang panasss..nak tengok hasilnye?

kembangg gile ok.dan dan aku sgtla tekejot.!aku tak sangke aku da sebesarr kontena ni.dala tinggi orgnye.hwahwahwa.mcm ape tah ea?
tong gas kot?ohh..OMG.OMG.nak lg?


haa ni dari sisi.nampak tak peyot ummi anak2?tak tau berape berat.last timbangg,50kgs.alhamdulillah.betambah rezeki betooll. c;

mari gelak2 kan saye.saye da secomel beruang kutubb.gebuuu..

eh ok da nak abes.ummi lapaa.nak mamam.hehe.see yaa.


Friday, April 2, 2010

din baramboi pulang pada Yang Maha Pencipta.


innalillahi wainna ilaihi roojiun.
tak tau nak kate ape.speechless.
sedih sgtt even tak penah beramah mesra.
yg pasti arwah selalu menghiburkann.

dlm208 comments kat page heliza,
semuanya sedih.berduka.

semoga family beliau bertabah.
semoga arwah ditempatkan bersama org beriman dan soleh.
amiin.

arwah.tsk tsk tsk. ;c

laen sumber klick je ni.aku tau ramai yg masih tekejott dan sedih. T.T